Saturday 26 January 2013

carta khalifah 2ar 2013 :D


okay taon bru , pmimin baru...tu lah pemimpin kitorg tahun nih nanti kalau  ber kesempatan kitorg akan tambah gambar - gambar pemimpin kitorg :) okay latu je ...

Thursday 27 December 2012

Aurat dijaga MARUAH terpelihara =)

Assalamualaikum semuaaa =)

hari ini jom kita bincangkan serba sedikit tentang aurat muslimah .

here we go ;)

pengertian aura=
    
1. mengikut kamus bahasa arab : Hal yang tidak elok untuk dilihat atau sesuatu yang memalukan apabila dilihat. 
 

2. menurut istilah feqah : Bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan.

   
Sepotong ayat al-Quran dari surah al-A’raf ayat 26, yang bermaksud:

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

ya , memang wajib muslimun dan muslimat menutup aurat . tetapi kenapa ada yang buat tak tahu je ?
kalau  kita tegur pada dia supaya tutup aurat , kita dikata 'alim . Salah ke kita nak tegur dia ? Sedangkan itu kewajipan kita . Ada minah sorang ni , dekat luar tutup aurat tapi dekat facebook tak . :3 bila kita tegur , dia jawab 'suka hati aku lahh , dosa aku' . haihh , poning kopalo den . kadang-kadang ada yang tutup aurat cukup , tapi tak tutup kaki . ingat , kaki pun aurat juga tauu . tolong ambil berat ye .

  

=) lolipop mana yang anda pilih ? renung-renungkanlah..
  Orait , wassalam .

Wednesday 21 November 2012

Jihad fi sabilillah..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Dua warga Palestin terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam siri serangan yang dijalankan oleh pesawat perang Israel pada petang Sabtu ke atas Semenanjung Gaza.Jumlah syuhada' yang terbunuh dalam keganasan Israel yang dilancarkan sejak hari Rabu 14 November meningkat kepada 43 orang.(18 November 2012 - GAZA)

Setiap hari, kehidupan rakyat Palestin semakin terseksa disebabkan serangan bertubi-tubi dari tentera Israel yang tidak berhati perut . Di akhbar, jelas terpapar kisah mengenai serangan tentera zionis terhadap Gaza yang semakin teruk dan berlarutan . Memang sangat menyayat hati apabila kanak-kanak kecil dan wanita yang TIDAK BERDOSA turut terkorban dalam peperangan tersebut. Sungguh kejam tentera Israel! Kita sebagai saudara ISLAM mereka , ayuhlah kita mendoakan mereka terlepas dari cengkaman Israel.. Tak susah pun . Boikot segala barangan Israel . Dan juga , kita boleh menyalurkan sumbangan / derma untuk mereka di sana .

Sumbang ke AQSA SYARIF BERHAD di =
Maybank Islamic 551575004299
Bank Islam 12092010034904.
CIMB Islamic 12160000452101.
Email: admin@aqsasyarif.org.my








Tersentuh hati..Kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tetap manjadi sasaran tentera Israel yang kejam.. Jom kita kirimkan doa untuk mereka .  ALLAHUAKBAR!! 
Wassalam..

Wednesday 14 November 2012

1 kelas = 1 family

Assalamualaikum..

Teringat pulak mase mula-mula masuk sekolah dulu .
Maklumlah , baru kali pertama duduk asrama , belake 'homesick' .
Kelakar pulak rase.. Tapi sekarang , kitorang dah tak 'homesick' .
Macam 1 family . =')
So , saya interseted nak share video yg disusun oleh salah seorang student kelas kami (1 Ar-Razi)



Video above created by Wan Nadia Farhana .

Wassalam..

# Sharelah korang punya experience time mula-mula masuk sekolah baru .
Itupun , kalau sudilah..
=Salam Ukhuwwah =

PEMBERIAN HADIAH LELAKI ---> PEREMPUAN

Assalamualaikum.. =)

yeay!! dah habis sekolah! leganya..
hehe.. time cuti ni lah boleh release tension kan..
so , blogging lah jawabnye .
Lelaki selalu bagi something kepada perempuan yg dia suka . <3
nak tahu apa maksud di sebalik hadiah yg diberi ?
Jom bace! 

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu .
 ✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi 
 ✔ GELANG → Tanda mesra .
 ✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian
 ✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan . 
 ✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/ prihatin
 ✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu 
 ✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi .
 ✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta 
 ✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan. 
 ✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur. 
 ✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang 
 ✔ COKLAT → Semanis cintamu. 
 ✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan. 
 ✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat
 ✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) 

Tetapi hadiah yang paling beriye di nanti-nantikan oleh setiap perempuan adalah ... taraaa!!
MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu.
Selain itu , dapat mengelakkan maksiat.. *no couple*

Wassalam..


Tuesday 13 November 2012

Mutiara kata

Assalamualaikum...

Setiap manusia perlukan motivasi untuk melangkah ke hadapan / bangkit kembali..
So , jom kita hidupkan kembali semangat kita dengan mutiara kata di bawah..

Here we go ;) =

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.


Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.


Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 


Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.


Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.




Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


Pastikanlah bahawa kepala anda tak lebih tinggi daripada topi anda. - Vergill

Jiwa yang kosong itu umpama perigi buta ,
jika diabaikan ,
bakal dihuni oleh sampah-sarap .

Hidup umpama aiskrim . Nikmatilah ia sebelum cair .

Ingatlah ,
sabar itu iman ,
duit bukan kawan ,
dan mati tak berteman .

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri .

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang .

Kita selalu ingat apa yang orang lain miliki ,
tapi kita sering lupa apa yang kita punyai .

berehh , tamat .

Wassalam .

Labels: ,

==Penghuni 1 Ar-Razi==

Assalamualaikum..

Kat sekolah kitorang ,  lelaki = banin & perempuan = banat .
got it ?
=D
so , pictures below are us .

                 Banin 1 Ar-Razi

yang ni lah 'putera' 1 Ar-Razi . putera ? putera lah sangat kan ? -.-

barisan atas(dari kiri):
  • iskandar
  • irfan
  • alif  (class monitor)
  • hasif
  • abdul
  • imran

barisan bawah(dari kiri):

  • danial
  • hazim 
  • basyir
  • amin
  • mizan
  • anas
banat 1ar


yang ni pulak puteri-puteri 1 Ar-Razi . cun belake kan ? XD

barisan atas(dari kiri):
  • najihah
  • qistina
  • muslihah
  • nurin
  • wan filzah
  • anis
  • fathin rifka
  • nadia
  • dini
  • syafiqah
  • aisyah
  • balqis
barisan tengah(dari kiri):
  • mawaddah
  • arham
  • dalili (assistance-monitor)
  • imanina
  • najwa
  • hana'
  • adila
barisan bawah(dari kiri):
  • afifah
  • saodah
  • natasha
  • elni
tiade dlm gambar:
  • ummul
  • athirah
  • auni

tak kami lupakan juga pada ibu kami =) terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan .

. Ibu 1 Ar-Razi . Puan Atikah
haaa , di atas tu lah kami . kamilah penghuni kelas 1 Ar-Razi / 2012 .
sekian untuk post ni .

wassalam ~

Segala bebelan adalah hak milik blog Maarifian



selamat datang ;)

"/>
Cuteki widget